Kalendar Dcomey

Friday, June 8, 2012

Jus Sihat

Karot + Tomato + Ketumbar...3 bahan yang memang kesukaanku. Nak pula karot...hari-hari nak gigit dia. Ni cite patutnya hari tu tapi hari ni baru nak tempek kat sini :p

 Malam sebelum tu en somi bermanja-manja order karot susu di malam hari..kali ni aku pula bermanja-manja dengan diri sendiri minta jus sihat. Nak minta dengan en somi dia plak xde malam ni sebab terpaksa bertugas malam demi menjaga keamanan negara.

 Aktiviti malam untuk mencantikkan muka tatkala tinggal kesorangan kat umah ni haa. Selalu kita dengar "Habis madu sepah dibuang" tapi ni pepatah baru plak "Habis jus hampas jangan dibuang"...boleh buat tempek kat muka untuk pelbagai khasiat.

Minuman sedap dan menyegarkan tekak di malam hari

JUS SIHAT

Bahan-bahan : *Untuk segelas jer ni
1/2 batang karot - cuci, buang kulit dan potong kecil-kecil
1 biji tomato
1 tangkai daun ketumbar - boleh juga klau nak gantikan dengan saderi
1 gelas air sejuk - sukatan segelas jangan terlalu penuh yang nak diminum nanti

Buat camni :
  • Campurkan semua bahan di dalam bekas pengisar
  • Kisar sampai halus dan tapis masuk kedalam gelas
Alhamdulillah...hilang dahaga!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...