Kalendar Dcomey

Friday, June 8, 2012

Garam Belacan

Tatkala di petang hari jumaat tadi...cinta hati bizi cuci motor kt belakang umah...

 Saya tukang tengok dan curi-curi mik gambar jer...

Cik puan pun bizi menyicah kt depan tibi.
 Whoopp! Whooop!!

Dah banyak hari dah citenya tringin sangat-sangat nak menyicah ni. Mesti korang ingat saya dah mengidam kan? Emmm...moga-moga cepat la rezeki nak dapat baby. Hati mana yang tak meruntun bila asyik tengok orang lain jer dok kendong baby...Sabar lah wahai hati, Allah sedang merancang yang terbaik buat kami. Amin

Cinta hati saya bawa balik buah mangga (saya orang kg utara panggil buah pelam jer) dari tempat keja dia. Ada kawan dia kasi...Alhamdulillah rezeki kami.


Buahnya dah ada..apa lagi masuk dapur buat garam belacan la nak menyicah.

 Meh tengok resepi cara saya buat garam belacan ni...Senang je!

GARAM BELACAN

Cili padi - ikut tahap kepedasan yang korang nak!
Belacan
Garam
Gula 
Kicap

Buat camni :
  • Campurkan semua bahan dalam bekas
  • Lenyek-lenyek kan cili padi sampai pecah-pecah (Kalau nak boleh juga ditumbuk)
  • Siap!

SELAMAT MENCUBA


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...