Kalendar Dcomey

Friday, June 15, 2012

Cakoi Bawang Putih

Petang kemarin dh try buat cakoi ni dah...Siap buat cakoi rupa goreng pisang lagi..hehehe.. Buat kemarin hubby suka dan sedap katanya. Pagi-pagi lagi tatkala korang semua masih sedap tarik slimut kul 5.30 pagi selepas subuh...aku dh main tepung dh. Owhh rajinnya si isteri pagi ni. Hari-hari lain pun rajin juga kn...Penuhkan permntaan hubby nk mkn cakoi + smbal ikn bilis lagi utk bfast pgi ni...

Tebus kekecewaan pd rupa cakoi yg x nsem smlm n pagi ni wat cakoi bawang putih plak...haaaa!   Memang kesukaan ku mengubah resepi asal mengikut selera tekak dan stok yang ada kat umah ni.

 Masih juga bahan cicahan cakoi ni adalah sambal ikan bilis.

Kalau korang nak resepi mengikut Hasue seperti yang telah ku buat kemarin, boleh jenguk kat SINI ya!
Kat bawah ni pula resepi gubahan dariku... (^_^)

CAKOI BAWANG PUTIH
(Dapat dalam 11 batang cakoi yg comel)
Bahan yang korang perlu :
1 cawan tepung gandum
1 camca besar marjerin - di cairkan
1/4 cawan air suam
1/2 sudu kecil yis
1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
4 biji bawang putih - di cincang
Secubit garam
Secubit lada hitam kisar

Chopstik / Lidi

Buat camni :
  • Campurkan yis kedalam air suam dan biarkan sehingga yis kembang
  • Gaulkan tepung bersama gula + garam + susu pekat + lada hitam kisar + bawang putih + gula dan marjerin. Gaul sebati.
  • Masukkan larutan yis ke dalam adunan tepung dan  gaul hingga menjadi doh dan x melekat pada tangan
  • Ambil sedikit adunan dan bentukkan memanjang dalam 1 jengkal
  • Leperkan adunan panjang tadi menggunakan jari sehingga ketebalan menjadi lebih kurang 2cm
  • Basahkan chopstik / lidi dengan sedikit air dan tekan chopstik / lidi tersebut di tengah-tengah adunan leper tadi
  • Buat sampai habis dan biarkan seketika adunan yang siap tadi hingga kembang sedikit
  • Goreng dengan api perlahan.
  • Siap
 

2 comments:

Stacy said...

Klau 1kg tepung yis tu berapa dah?

Unknown said...

Cantik, kak pun sama suka ubah mmg lama cari cakoi bwg putih ni. Semoga rezeki mu bertambah lagi. Terima kasih utk resipi ni nnti kak Cuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...