Pagi yang redup dan dingin...membuatkan aku terlalu rindu pada ayahanda dan bondaku nun jauh di kg halaman.
Beribu batu jauh kita terpisah...Entah bila akan bertemu semula
kerana anakmu kini telah di miliki...merantau jauh demi suami tercinta kerna dia syurgaku kini setelah 30 tahun aku di bawah jagaan mu waliku...
namun doaku pada kalian tidak pernah ku lupakan dalam setiap sujudku pada Ilahi...mohon kesejahteraan buat kalian.
Doaku juga buat kalian metuaku...
kerana anakmu kini telah di miliki...merantau jauh demi suami tercinta kerna dia syurgaku kini setelah 30 tahun aku di bawah jagaan mu waliku...
namun doaku pada kalian tidak pernah ku lupakan dalam setiap sujudku pada Ilahi...mohon kesejahteraan buat kalian.
Doaku juga buat kalian metuaku...
Anak yang soleh bukannya memberi hadiah kepada ibu bapanya setahun sekali tapi mendoakan kesejahteraan ibu bapanya setiap hari
Buat kalian juga di SINI
Yang jadi sentap sangat pepagi ni bukannya apa...Mak baru tepon tadi gitau pasal pembedahan buang selaput mata dan tampal kanta baru pada mata dia akan dibuat pada hujung bulan ni. Aku anaknya yang sulung jauh di mata dan harapkan ayah dan adik-adik jer tolong uruskan mak.Tu yang sentap tu...memang dah lama mak mengalami masalah mata tu dan memang aku nak sangat mak lebih sihat menjalani kehidupannya dengan bahagia. Pas borak-borak kejap dengan mak...borak-borak pula dengan ayah yang sibuk di kacau oleh si cucu sulung Muhammad Danish Wafiy tu.
Dari kecik lagi dah bermanja dengan tok wan. Pagi-pagi sekarang ni mesti ikut tok wan pegi minum kat kedai kopi
my white lappy yang dh rosak tu jadi bahan main dia jer...jangan-jangan kau mik la!
my new red lappy lagi la...jangan kau harap bleh kacau kalau dia tengah bizi
dah makin cerdik dah di usia 9 bulan...
Makin meruntun jiwa la rindu ni haaa...
Ni cite pasal rindu kat mak ayah ke...kat budak kenit ni??? Ko jawab ler nyah!!
2 comments:
Bila rindu rasa nak balik. Pastu rasa lega. Pastu bila nak balik rumah sendiri sedih balik. Rasa macam lambat lagi pulak nak jumpe. Lumrah lah begitu kan :) Jauh di mata, dekat di hati..
Betul tu Sash...rindu tu nikmat yg susah nk jelaskan.Melekat jer ngan ati bila mai 'shehh' dia.. :p
Post a Comment