Sejak menetap kat Kudat ni nak makan roti memang agak susah. Bukannya xde kedai roti kat sini tapi nak cari kedai roti yang HALAL susah nak jumpa.
Alamatnya....kalau nak makan roti kena uli sendiri la..Godek-godek la kat MYR dan terjumpa la resepi ROTI MARBLE dari ONIGIRI
Tima kasih untuk ONIGIRI yang sudi berkongsi banyak resepi.
Tapi ternyata usaha penat lelah menguli sendiri ni memang puas hati dan berbaloi sebab hasil roti sedap.
1st time buat aku tak berani buat 1 adunan sebab takut x menjadi maka ku buat 1/2 adunan je la. Tak cukup pula rupanya...hahaha
Walaupun dengan hanya menggunakan tepung gandum sahaja...ternyata hasilnya tidak mengecewakan. Gebussss beb!
Kena plak cicah dengan kuah kari daging...perghhh!
Ok jom tengok resepi.
ROTI MARBLE
Sumber : MYR - Onigiri
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 g tepung roti
50 g tepung gandum
1 camca besar mentega
140 - 150 ml susu segar
1 camca teh yis
2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh bread improver
1 camca besar serbuk kokok + sedikit air, jadikan pes
CARA MEMBUATNYA :-)
200 g tepung roti
50 g tepung gandum
1 camca besar mentega
140 - 150 ml susu segar
1 camca teh yis
2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh bread improver
1 camca besar serbuk kokok + sedikit air, jadikan pes
CARA MEMBUATNYA :-)
- Bancuh yis dengan sedikit susu (anggaran 50 ml), larutkan dan biar sekejap. Satukan tepung roti, tepung gandum, bread improver, garam dan gula, kacau rata. Tuang bancuhan yis dan gaul sambil dituang baki susu segar sedikit demi sedikit, hingga adunan menjadi doh.
- Tambah mentega dan uli hingga doh menjadi kenyal dan elastik. Bulat2kan doh, letak dalam bekas, dan tutup dengan cling film. Biar 40 minit, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagi doh kepada 3 bahagian yang sama besar.
- Satu bahagian digaul bersama pes koko tadi dan uli hingga warna sekata (jika perlu tambah sedikit tepung roti). Canai doh tadi, biar sama saiz dengan 2 bahagian doh tanpa warna. Balutkan doh coklat hingga tidak kelihatan. Canai sedikit dan potong kepada 3 bahagian.
- Buatkan simpulan tocang pada doh tadi, dan alihkan ke dalam tin berukuran (9 x 4 x 3) inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Biarkan naik 2 x ganda (kurang lebih 1 jam).
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 - 30 minit, bergantung pada oven masing. Sapukan mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong...
No comments:
Post a Comment