Kalendar Dcomey

Wednesday, May 25, 2011

Kek Pisang Choco Rice

,Ngabiskan stok pisang lagi...
Kali ni nk try buat kek pisang ikut resepi yg diberi oleh Fiza C'man plak...

 Gebu x?

 1 adunan ni bleh dpt 2 biji kek pisang...


Okey...1 bekas besar tu buat hubby bawa gi surau & yg lagi 2 bekas kecik sikit tu untuk Fiza C'Man dan Azza

Jom share resepi...
BISMILLAHIRRO’HMANIRROHIM
dan
ALLAHUMMASO’LLI A’LA SAIDDINNA MUHAMMAD

***
KEK PISANG CHOCO RICE
***
Bahan-bahan :
10 biji pisang emas - Di blender halus
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
5 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1 sudu kecil sodium bicarbonat
1/2 sudu esen pisang / esen vanila
Sedikit coklat rice

Buat camni ya :
  • Blender minyak, telur dan gula hingga sebati
  • Masukkan bahan yang siap diblender dalam mangkuk adunan
  • Masukkan tepung, baking powder, sodium bicarbonat dan esen pisang - gaul sebati
  • Masukkan pisang yg di blender tadi dan coklat rice- gaul lagi hingga sebati
  • Sapukan minyak pada loyang pembakar dan masukkan adunan
  • Bakar selama 40 minit dengan suhu 180'c
Buat la ya! X susah pun…
SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...