Kalendar Dcomey

Thursday, September 30, 2010

Sambal Sotong

Sambal mmg kesukaan...tgk merah2 pedasnya dh buat air liur meleleh dh...

 Sambal Sotong

Bahan - bahan yg diperlukan :
(Anggaran utk 2 org)

  • 5 ekor sotong bersaiz sederhana (Dibersihkan & dipotong)
  • 3 camca cili kisar
  • 3 biji bawang putih (di mayang)
  • 3 biji bawang merah (di mayang)
  • 1 biji bawang besar (di mayang)
  • Garam
  • Sedikit bahan perisa
  • 1 Camca gula
  • 2 Camca air perahan asam jawa
  • Sedikit Air
  • Sedikit minyak utk menumis
Cara2 nk buat :
  • Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang merah & bawang putih hingga garing. 
  • Masukkan cili kisar & dikacau hingga sebati dgn minyak
  • Masukkan air perahan asam jawa, air, garam, gula & perisa dan dikacau lagi
  • Masukkan sotong & kacau hingga agak pekat
  • Akhir sekali masukkan bawang besar & Siap sedia untuk dimakan
Selamat mencuba resepi "simple" saya


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...