Pening! Pening! Bukan senang nak berkawin rupanya! Banyak betul perkara2 yang kena ambik tau semasa merancang sesuatu majlis perkahwinan. Jika korang tak mau memeningkan kepala, apa kata upah wedding planner jer…:-) Walaupun begitu, anda tetap kena tau sikit sebanyak tentang apa yang perlu dibuat sebelum tibanya hari bersejarah itu! Jom tengok list di bawah nie…
~ Azfar & Rini ~
- Merisik
- Bertunang
- Daftar kursus kawin
- Buat medical check-up (HIV)
- Tetapkan tarikh (nikah dan sanding)
- Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan
- Pilih tema majlis kahwin
- Beli barang2 hantaran
- Beli souvenir dan bunga telur
- Beli alat2 untuk gubahan barang hantaran ( x nak pening serahkan pada penggubah hantaran spt http://chubbycomeyweddinghouse.blogspot.com )
- Tempah juru nikah atau tok kadi
- Senaraikan tetamu yang nak dijemput
- Tempah kad jemputan
- Pilih busana pengantin (Pelamin, mak andam & hiasan bilik tidur)
- Tempah katering (khemah, kerusi dan meja (mungkin sekali dengan pinggan mangkuk dan kelengkapan yang lain)
- Tempah juru kamera atau juru video
- Beli barang2 untuk kenduri kawin (beras, daging, ayam dll) – atau pakai jer khidmat catering kalau tak nak peningkan kepala korang yang dah pusing tue…
- Hiasan meja makan beradap (sekali dengan menu hidangan)
- Hiburan (kompang ke, silat gayung ker, marhaban, tarian dll.)
- Membuat banting atau signage (jika berkaitan)
- Bulan madu
Senarai yang kat atas tu hanya sebagai rujukan dan mungkin ada beberapa steps yang tak perlu diikut. So, korang kena pandai-pandailah rancang dan susun jadual masing2.Terima kasih & selamat merancang!
No comments:
Post a Comment