Kalendar Dcomey

Wednesday, January 20, 2016

Cherating, Pahang - Part 4

....Love sory from Cherating.

Perut pun dah kenyang kena nasi kerabu, balik lena dulu seround baru check-out.

Incik somi ja la tidoq sebab dia nak kumpul tenaga drive balik plak. Kalau dia tak cukup tenaga nanti aku je la yang dribe balik. Ok jee...

Aku ni mana boleh tidoq dah sebab nak lepak kat beranda mik angin laut last dah hari ni kat Pak Itam Inn Chalet ni sambil feling-feling minum ayaq nenas ada payung kecik. Kikiki....verangan youuu!

Nahhh! Jangan kata hakak tak payung dik...selfie gedik sorang diri dengan hashtag perasan comey leetuuueeewwww! Omg!

Nantikan kemunculan drama wanita gebu bershawl unggu di slot samarinda tak lama lagi. Ngeee! Ngeeee! Ngeee!

Dah! Dah! Jom check-out dan ukur jalan....
Hakak saja posing tang pintu masuk Pak Itam Inn ni sebab nak bagi uolss senang tengok no tepon dia dan model comey berbaju unggu itu. Ahakk!

Ni 1 lagi penunjuk arah ke Pak Itam Inn Chalet ni...haluih ja di celah-celah tembok Legend Resort tu. Jadi kalau nak cari lokasi paling tepat...keyword dia kat maps tu cari ja Hotel Legend Resot. Harap dapat membantu ya!

Pusat Penerangan Dan Konservasi Penyu, Cherating Pahang

Hari last di Cherating sebelum balik Jerteh, berhajat di hati nak jalan-jalan sat tengok apa yang best kat sini.

Kemarin masa lalu kot jalan besar dekat signboard Club Med tu dah nampak dah tempat penyu. Jadi memang dah tau la kat mana hala tuju hari ni sebelum balik Jerteh.

Dulu masa nak pi tengok penyu kat Rantau Abang tak kesampaian, jadi kota tengok penyu tang Cherating ni pun kira ok dah la. Kami pi melawat penyu sekali dengan Faizal, Ina dan Baby Humairah. Kira last berjalan dengan depa la untuk kali ini.

Nak masuk sini FREE ja tak kena apa-apa bayaran pun. Dah namanya free kan. Tapi pada yang nak bagi sumbangan tu boleh je masukkan duit dalam tabung kat pintu masuk yang dah disediakan ni.

Misi di setiap destinasi ku seperti biasa lah....membeli pelekat peti ais sebagai kenangan. Tapi macam mahal je aku rasa. Mahal pun beli juga la kan...

Jom tengok penyu!



Baby Humairah hari ni muka tak manis langsung. Moncung ja dia...tambah-tambah dok kat Uncle Bok, lagi tak manis. Hehhehe...marah apa la dia.

Antara khazanah kat dalam rumah penerangan ni. Ruang dia tak besar sangat pun tapi boleh la nak dapatkan info-info pasal penyu ni.

Ni antara tok, tokwan, ayah, mak, kakak, abang dan adik-adik penyu kat dalam kolam di situ. Comel sangat!

Yang ni paling comel...

Kejap ja kami kat situ sebab tak banyak aktiviti sangat kat situ. Tapi alhamdulillah boleh juga tengok penyu di bumi Terengganu.

Misi di teruskan lagi dengan hajat dihati nak mencanting batik sendiri. Cari punya cari sampai ke Limbong Art ni.
Tapi...takda rezeki kami nak tunjuk skill dan bakat canting batik sendiri. Tuan kedai tu kata nak canting ambil masa at least 3 jam baru siap sehelai batik. Huhuhu...lamanya! Baru verangan nak masuk frame hasil kerja sendiri. Takpa lah...

Akhir kata sampai di sini sajalah perjalanan cuti kami ke Cherating untuk kali ni.
Tak boleh buat batik, buat muka cantik tang ni dah la...hehhe.

Humairah nak pesan apa la kat Uncle Bok tu...walau tiada senyuman di ukirkan tapi tau Humairah sayang Uncle Bok kan?! Muahh....

Tima kasih banyak-banyak Panjang, Ina & Humairah berjimba-jimba dengan Mama Ita & Uncle Bok. Inshaallah panjang umoq dan murah rezeki kami, sampai la lagi nanti kami di bumi Pahang ni.

Jom balik Jerteh...

2 kali pengalaman kami ikut LPT 2 sangat mengantukkan mata incik somi, maka kali ni kami nak balik ikut jalan lama ja.

Jauh la sikit laluan jalan lama tapi takdak rasa mengantuk dengan segala pemandangan yang ada. Jauh perjalanan...luas pemandangan kan.
Aku dah 2 kali dah lalu jalan lama ni...memang best pada aku sebab boleh tengok macam-macam dan tak membosankan.

Perjalanan yang panjang akhirnya alhamdulillah sampai ke Kuala Terengganu dalam pukul 3 lebih camtu. Isi perut la dulu kat Mcdonal sebelah Giant Kuala Terengganu tu.

Perut dah kenyang, perjalanan balik ke rumah di teruskan lagi. Keropok leko kat Menggabang Tapah dekat-dekat dengan Setiu juga yang aku teringin sekali. Ketupat sotong mahal tu beli kat Pantai Teluk Ketapang....ok je la rasanya.

Alhamdulillah...akhirnya sampai juga kami ke rumah di kala senja menampakkan diri.

Tima kasih banyak-banyak incik chenta hati bawa sayang gi hunnymadu ke Cherating kali ni. Inshaallah ada rezeki kita pi lagi ya...hehheh

Tempek kat sini segala kos perbelanjaan bercuti 2 hari 1 malam kami dari Jerteh - Cherating - Jerteh.

16/1/2016
7.30 pagi - bertolak dari Jerteh ke Instep
12.00 tengahari - bertolak dari Instep ke Cherating

Minyak myvi isi kat Shell Tembila - RM 60 (RM1.95/liter)
Tol LPT 2 - Free
Roti + air (petronas) - RM 15
Chalet Pak Itam Inn - RM 150
Dinner kat W.A.I.B - RM 85 (4 orang)

Jumlah belanja hari pertama : RM 310

17/1/2016
Breakfast kat Double AA Restoran - RM 13.50
FM penyu - RM 12
Minyak isi Shell Kemaman - RM 50
Lunch Mcdonal Kuala Terengganu - RM 42
Giant - RM 5
Ketupat sotong - RM 10
Keropok leko - RM 5

Jumlah belanja hari ke-2 : RM 137.50

Jumlah semua : RM 447.50

Sekian... end of the love story kami kat Cherating Jan 2016.

1 comment:

Yuk Baiq said...

wow best nyer g cherating....nak g lar pasnie...

klau x keberatan boleh lar tengok n follow my blog http://perniagaan-yuk.blogspot.my/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...