Kalendar Dcomey

Wednesday, April 17, 2013

Sabah timeeeeeee!!!! - Part 1

Assalamualaikum
Alhamdulillah...dengan rezeki yang Allah berikan padaku, balik kg kali ni Allah makbulkan juga doaku nak bawa mak dan adik naik kapal terbang. Doa nak bawa ayah sekali tapi ayah ku ni memang susah sikit kalau nak pegi bercuti sebab susah nak kena tinggal kedai minyak kami.

Seronok dapat bawa mak dan adik terbang ke bumi Sabah. Kalau orang lain setakat nek kapal terbang tu apa lah sangat kan...tapi bagi aku memang sangat2 berharga sebab ni lah 1st time mak dgn Dik Teh dapat merasa terbang dengan belon besi ni. Syukur alhamdulillah...

Bergambar kenangan

Mat jambu dengan bantal pink..hahaha

Perasaan gembira yang tak dapat nak bayangkan saat ni...

Curi-curi suh mak & dik teh posing dengan kapal terbang

Mendarat jer kami di bumi Sabah ni, di sambut oleh En Asben yang dah ready2 dah tunggu depan pintu ketibaan. Opsss! Lupa nak gitau yg akak ni balik kg srg2 diri jer sebab en asben nak balik sekali untuk kenduri adik ku yg no -2 hari tu tak boleh sebab kes Lahad Datu tak setel lagi.

Dah sampai tu maka tempat mula-mula nak tuju wajiblah tempat isi perut dulu. Mak nak makan nasi sebab dari rumah lagi dia tak makan nasi. Takde selera dah nak makan katanya....nerbes tu kan. Tuju ke kedai makan tomyam yang selalu menjadi pilihan kami. Sorry ya...dh lupa nama apa kedai tu. Wink! Wink!

Perut dah kenyang jadi balik rehat dan tido. Kali ni aku pilih homestay my fren yang tinggal di Kudat. Senang berurusan dengan Kak Emy tuan punya homestay ni sebabnya dia ni pelanggan tetap ku di Kudat. Orang klate yg come lote..hihi

Lokasi :  
Kondo University
Berdekatan dengan 1 Borneo Kota Kinabalu


Sangat selesa tinggal di homestay ni. Lengkap untuk sekeluarga menginap dan boleh masak-masak lagi. Wi-fi pun ada ya... rumah 3 bililk tido + 2 bilik air. Bilik tido utama ada ekon juga ya! Jadi kalau yang berminat nak stay sini, boleh lah hubungi Kak Emy yang comel ni ya.

Teengkiuuu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...