Kalendar Dcomey

Wednesday, November 7, 2012

Balik sudah..

29 Ogos 2012...brgerak keluar dari bumi Kudat untuk pulang ke kampung halaman berbakti pada ayahanda dan bonda. Xtually my bonda buat operation mata jadi balik lah kejap anakanda ni jaga mak dan tolong ayah di kedai.

04 Nov 2012...Baru gerak balik bersama kekasih hatiku. Pulang kami dari kampung dihantar ke stesen bas oleh budak kenit ni haa..kali ni kami balik pakai waran (tambang free kerajaan bagi) jadi kena turun KL dulu lah.

Seronok jer dia dok gigit tali beg mama...
Aktiviti ku masa dalam bas..hahaha


Okey...ni lah rupanya transit KL yang kami kena tido 1 malam sebelum terbang ke KK esok. Agak selesa juga la transit ni tapi xde plak kedai-kedai makan kt bawah transit ni jadi...beli lah bekalan apa yg patut utk isi perut malam2 nanti kan.

Wisma Transit Kuala Lumpur


05 Nov 2012...baru lah terbang balik ke KK menaiki MAS. Sgt jakun aku ni hah sbb 1st time nek MAS...hahaha. Sampai KK kami xdenya nak balik terus, sbbnya keta chenta hati saya yang cedera di Kuching dulu dah pun sihat dan dah ada kat KK ni...maka haruslah 1 malam tido kat KK kan...


Kedai makan pilihan kami malam tu...hubby kata nasi lalap sedap kat sini. Jadi try lah juga kesedapannya..

Glam's Station, Kota Kinabalu


 Fuhh memang sedap nasi lalap + siput masak halia + teh c spesial ni. Lokasi kedai ni kat Pasar Pilipine dekat dengan dataran ikan batu tu ya.

Dah alang-alang di KK, menyoping barang2 kek lah dulu. Cari punya cari alhamdulillah jumpa juga kedai bahan kek BAKE WITH ME ni..


Esoknya...destinasi drive tru wajiblah MCd. Ya lah kat Kudat harap ada KFC jer nokz!


 Lunch kami singgah kat kedai dekat2 Politeknik tu...boleh lahhhh



Otw balik ke Kudat...sempat lagi kami melencong ke Kota Marudu. Saja je pegi mik angin ke sana. Ya lah sebelum ni xde kereta nak gerak ke sana sini. Ni dah ada ni maka panjang lah sikit jalan kami ni...


Umah-umah kat Pitas ni cantik2 jer pemandangannya sebab tepi laut sangat. Lokasi bergambar kami di Dataran Bengkoka yang ada udang apa ntah besar sangat.

Dataran Bengkoka, Pitas





Dah puas bergambar di Pitas, cuci keta lah kejap...sian dia jalan jauh belemoih dh!


 Umah camtu rupanya pun ada ASTRO ok! Kau hado??

Sekian terima kasih (^_^)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...