Kalendar Dcomey

Monday, October 8, 2012

Ku nanti saat itu...

Assalamualaikum...

Syukur pada Ilahi kerana masih di beri nyawa untuk bernafas di bumiNYA. Masih lagi ada ruang untuk menambah amal ibadah bekalan 'di sana' nanti. Alhamdulillah...

Mood hari ni : Kesakitan menahan bibir mulut yang rabak ni dek kerana mencabut gigi geraham atas yang punya lah siksanya nak keluar...

Di tengahari yang cerah dan di kala saki baki sakit bibir mulut dan gusi masih berbaki...di kala masih berjauhan dengan chenta hati...menjenguk ke usia perkahwinan saya dengan suami tercinta, hari ni sudah pun menjangkau...


Adik saya yang menjadi raja sehari bersama kami...hari ni anaknya pun dah boleh berlari dah. Kami jer belum sampai rezeki zuriat lagi. Sapa yang tak nak anak!!

Tipu lah kalau saya katakan...naluri saya tidak terusik dalam hal-hal berkaitan anak ni. Kadang-kadang mengalir dalam diam jer air jernih dari mata ni tatkala ada soalan-soalan cepumas mempersoalkan tentang zuriat kami. Sayu jer bertaut di hati bila tengok anak orang lain bermain-main...


Sesungguhnya... hanya ALLAH S.W.T lebih mengetahui apa yang terbaik yang di rancang buat kami. Kami hanya mampu merancang tapi DIA yang menentukan segalanya.

Doa dan usaha tak pernah di abaikan...mungkin belum rezeki kami. Siapa tahu, esok lusa ALLAH bagi kat kami ni kembar 2 sekaligus kan. Amin...Ya zal jala liwal ikram..

Kalau cara kampung ni toksah kata lah (style orang kedah berbicara (^_^)) ...berubat dan berurut merata cerok sangat dah...


Sampai ke Kudat mencuba rezeki... tapi tu lah, belum masanya lagi agaknya...

Hari ni nak share juga lah sedikit tips dengan TTCian yang senasib dengan kami.. Tips yang saya jumpa di Facebook Ladies House. Mari lah sama-sama kita amalkan, moga-moga usaha kita kali ni menjadi. Insyaallah...

Tips mudah hamil
Mungkin ade ramai wanita di luar sane yang masih menanti dan mengharapkan kehadiran cahaya mata dalam kehidupan mereka. Cahaya mata di anggap pelengkap dalam merealisasikan wanita yang sempurna. Namun, ade juga segelintir wanita yang agak sukar hamil walaupun telah berkali-kali mencuba.

Tips tips :

1. Elakkan makanan yang tajam dan panas.Kita mesti sering dengar ayat di atas tapi kurang mengambil berat akan nye. Banyakkan pembacaan mengenai zat2 makanan yang baik untuk tubuh badan agar badan sentiasa bersedia menerima kehadiran janin dalam rahim kita. Antara makanan yang di harus di cegah dari awal ialah nenas, tapai, tebu, tembikai, durian, minuman ber gas, alkohol, minyak ikan, hati dan limpa. Walaupun belum di sahkan hamil, seeloknye elakkan makanan seperti ini dahulu. Minyak ikan , hati dan limpa tidak di galakkan ambil semasa kandungan berusia 6 minggu sehingga 18 minggu bagi mengelakkan keguguran.

2. Madu lebah asli.Praktikkan bersama- sama suami mengambil sarapan dengan madu lebah yang asli dan juga boleh di amalkan sebelum tidur. Madu sangat2 berkhasiat untuk tubuh badan dan bagus untuk kepekatan air mani suami bagi menghasilkan sperma yang berkualiti. Kalau boleh dapatkan madu kampung yang betul2 asli berbanding yang ade di pasaraya untuk jaminan khasiat nye. Sekiranya mahu mencampurkan dengan minuman juga boleh di amalkan.

3. Kekacang dan serat.Makanan banyak makanan yang mengandungi kekacang seperti tempe, kacang panjang, kacang buncis, taugeh, kacang soya, badam dan sebagainye. Amalkan pemakanan ini setiap hari di dalam menu harian kita bersama suami/isteri. Selain baik untuk penghadaman, makanan seperti ini mampu member kesuburan kepada organ dalam tubuh kita.

4. Senaman.Ramai tidak menitikberatkan senaman dalam kehidupan mereka. Seharusnye senaman adalah perlu bagi mengimbangi hormone dan kesihatan tubuh badan. Amalkan senaman 30minit sehari , 3-4kali seminggu. Perlu di ingatkan, badan yang tidak cergas serta kolesterol yang tinggi akan menyukarkan proses kehamilan kerana sperma dan telur tidak dapat di hasilkan dengan baik.

5. Asid folic.Ambil lah pil asid folic seawal yang mungkin walaupun belum di sahkan hamil. Doktor juga sangat menggalakkan pengambilan awal pil Asid folic ini bagi pencegahan awal kecacatan awal bagi kandungan di dalam rahim. Asid Folic boleh didapti di farmasi atau kita boleh sahaja terus dapatkan dari klinik2 yang berhampiran,

6. Elak stress.Kalau boleh kita hendaklah elak daripada berhadapan stress atau tekanan yang melampau. Ini kerana stress tidak akan membantu dalam mempercepatkan proses kehamilan. Sebaiknye tidak terlalu memikirkan tentang kehadiran cahaya mata kerana boleh mengganggu hubungan intim bersama pasangan. Lebih elok banyakkan berehat, relax dan dapatkan tidur yang cukup supaya kita berada dalam keadaan atau hari-hari yang sangat happy. Barulah hormon tubuh badan akan stabil.

7. Lakukan pada ovulasi.Pilih lah hari-hari yang menunjukkan kita subur untuk mengadakan hubungan intim dengan suami/isteri. Tidak ada guna nye jika kita melakukan hubungan intim bersama pasangan setiap hari jika kita tidak melakukan pada waktu subur si isteri. Dalam sebulan hanya SEKALI sahaja telur akan dilepaskan atau di senyawakan oleh wanita dalam tempoh ovulasi. Waktu subur ini senang untuk di hitung jika kitaran haid wanita adalah tetap setiap bulan. Misalnya kitaran haid sesoeang wanita adalah antara 28- 30 hari. Jika 28 hari hendaklah di tolak 14 hari kitaran haid, bermakna hari 12 -16 selepas haid adalah waktu ovulasi di lepaskan. Maka, hubungan intim boleh di lakukan pada hari tersebut. Sebaik- baiknya hubungan intim di lakukan 2 hari sebelum ovulasi atau pada hari ovulasi kerana telur hanya boleh hidup 24- 48 jam sahaja bila di lepaskan. Jika kitaran haid tidak menentu, cara yang terbaik adalah cuba alat ujian ovulasi atau Ovulation test. Lakukan test pada hari ke 14-16 lepas haid. Jika garis merah bermakna ovulasi telah berlaku. Antara cara lain untuk mengenal pasti waktu kesuburan adalah dengan menilai peningkatan suhu badan dan menilai lender rahim.

8. Jangan banyak bergerak.Selepas melakukan hubungan intim di galakkan supaya tidak banyak bergerak. Ini kerana mungkin sahaja proses persenyawaan sedang berlaku. Hendaklah rehat seketika dan tidak perlu tergesa- gesa bangun untuk membersihkannye. Dan jangan luruskan kaki buat sementara waktu untuk membenarkan sperma berenang lebih dalam lagi. Kita tidak tahu dalam jutaan sperma yang di keluarkan mungkin salah satu nye akan bercantum dengan telur yang di lepaskan.

9. Banyakkan bersedekah.Kita di galakkan bersedekah dan menziarah bayi yang baru dilahirkan bagi mendapat keberkatan dari Allah. Selain bersedekah kepada bayi, si suami di haruskkan bersedekah pada setiap solat jumaat di Masjid-masjid, mudah- mudahan Allah memakbulkan permintaan kita. Tapi jangan lah kita mengaharapkan ape2 balasan jika kita bersedekah,sebaiknya ikhlas dalam setiap pemberian. Insyallah, dengan banyakkan bersedekah, rezeki kita akan bertambah dan mungkin Allah akan perkenankan doa kita untuk mendapatkan zuriat.

10. Doa.Sentiasa lah berdoa memohon di murahkan rezki mendapatkan cahaya mata. Jangan berputus asa kerana setiap masalah ade penyelesaiannye. Serahkan segala nya pada Yang Maha Esa

Susu untuk kesuburan suami isteri pun ada. Boleh klik pada link kat bawah untuk maklumat lanjut. Saya pun insyaallah akan mencuba susu ini...Mudah-mudahan usaha membuahkan hasil. Amin
http://www.marihamil.com/2012/02/susu-kesuburan-alkhisbun-kesuburan.html


Ya Allah, hambaMU yang kerdil ini mohon...berikan kami zuriat yang sihat soleh dan solehah seperti yang KAU kehendaki. Zuriat yang boleh menyerikan rumahtangga kami. Zuriat yang boleh menjaadi pengerat kasih sayang hambaMU ini dengan suamiku.. Amin ya rabbal a'lamin...

3 comments:

Zieta collection said...

mudah-mudahan akan ada sinar harapn untuk temanku ini...usaha itu tangga menuju kejayaan...jangan berputus asa....lambat atau cepat itu semua ketentuan Tuhan...

mama aryan said...

insyaAllah..moga ada rezeki tu nanti,jgn berputus asa,sesungguhnya Allah lebih tahu apa yg terbaik buat kita

Ita Comey said...

Tima kasih byk2 buat sahabat blogger ku ZIETA COLLECTION & MAMA ARYAN utk kata penguat semangatku dan doa kalian. Muax! Muax!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...