Kalendar Dcomey

Friday, September 14, 2012

Muhammad Danish Wafiy

27 Ogos 2012...
Genap setahun sudah usia anak buah saya yang pertama - Muhammad Danish Wafiy. Macam sekejap saja masa berlalu. Rasa cam semalam baru tgk gambar ummi dia mms  bagi mama (saya la tu) masa dia baru lahir.


Lain betul muka Muhammad Danish Wafiy ni masa baru lahir... Sekarang ni lagi banyak akal dia bila dah cukup setahun ni. Suruh la buat apa pun semua dia tau...Bijak sebijak namanya!

Buat sambutan besday dia pada 06-09-12 sebab pada tarikh lahir dia tu...mak tok buat pembedahan mata jadi tunda lah sikit tarikh tu.


Mama buat kek jer bagi anak mama ni...tu pun tak sabar-sabar tengok kek dah nak potong...Cergas sungguh budak kenit ni!


Buat sambut besday dia kecil-kecil jer. Panggil sedara mara & jiran ja...buat baca doa sikit untuk kesejahteraan dia. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.


Jom tengok rupa kek yang mama buat utk Muhammad...

  






Mama buat kek edible image lebih 3 kilo untuk anak mama ni...kek span coklat oreo. Kek cawan ada la 2-3 biji.. Tu pun dan sempat nak merasa dah habis!


Thanks buat Tok Lang Miza yang beri hadiah sepasan baju biru belang + Jeans + Kasut kesukaan Muhammad.


Plan asalnya kami nak buat laksa sendiri untuk makan pada hari tu, tapi memandangkan keadaan yang tak berapa mengizinkan kami maka ummi dia order ja laksa beras. Senang cite!! Orang ramai suka la juga laksa beras ni terutamanya tok wan (ayah saya la tu)...tapi saya mmg kureng sikit klau laksa ni...


Abah Lan (Adik saya yang no-2) hadiahkan keta kebal...yang syoknya bila tanya dengan besday boy "keta kebal bunyi camna?"....dia akan jawab "tet..tet..tet..tet.." Bijak sungguh!


Sebahagian goodies bag untuk tetamu cilik yang datang. Terima kasih juga buat Mama Ija yang berikan hadiah untuk Muhammad...

Moga Muhammad membesar dengan sihat, pintar dan jadi anak yang soleh...Amin

P/s : Buat sesiapa yang berminat untuk tempahan kek edible image...boleh berhubung dengan saya okey!

2 comments:

Sash said...

Happy belated birthday Muhammad. Moga menjadi anak yg soleh, duniya dan akhirat Insyaallah.

Ita Comey said...

Aunty Sash..Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...