Kalendar Dcomey

Thursday, August 9, 2012

Buat yang tersayang...

Assalamualaikum

Alahai dah 2 hari dah berbuka tanpa kekasih hati di hari ke-20 berpuasa ni. Rindu serindu-rindunya... Makan pun takde semangat jer rasanya tapi habis gak sepinggan mee goreng hari ni.


Alkisahnya...suami tercinta lagi tersayang katanya hari ni balik berbuka kat rumah. Tapi esok masuk pulau balik, jadi untuk menggembirakan hati dia maka saya pun bercadang lah nak buat pulut sekaya atau nama glemer dia kuih seri muka yang menjadi kesukaan suami tercinta ni.


Juadah kesorangan saya di hari ke-20 : Mee goreng pat thai + air bandung + pulut sekaya

Buat pertama kalinya nak buat kuih ni...maka haruslah saya berjalan-jalan ke alam maya dan hingga lah jari menyinggah ke rumah Sis Hanieliza. Nampak kuih yang dia buat senang jer...nak try juga lah!


Walaupun takde daun pandan macam kat belakang rumah saya masa kat Kuching dulu, saya tetap dapat juga keharuman pandan tu dengan paste pandan. Jadilah dari takde kan... Percubaan pertama saya menghasilkan kuih ni memang agak melompat-lompat sebab rasanya sedap walaupun rupa permukaan agak mengecewakan... Apa de hal janji menjadi dan sedap!

Bila dah siap buat kuih ni...kesayangan saya pula gitau tak dapat balik lagi petang ni sebab dia baru jer keluar dari pulau. Ya lah...dari Kota Marudu nak balik ke Kudat ni mau makan masa 2 jam. Jadi kontraktor yang bersama dia pun dah keletihan jadi bermalam lagi lah diorang kat sana. Esok baru balik rumah kejap kemudian masuk pulau lagi...


Hantar gambar jer lah kepada kekasih hati saya...katanya nampak sedap dan suruh simpan sampai dia balik berbuka nanti. Bila tu?? Haruslah basi dulu cik abang! Tak pe..nanti syg buatkan lagi ya...

Terima kasih kepada Sis Hanieliza untuk resepi yang mudah dan sedap ini...

KUIH SERIMUKA / PULUT SEKAYA
Sumber resepi : Hanieliza Cooking
Oleh : ItaComey

Bahan-bahan :

LAPISAN BAWAH
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair
Secubit garam

Buat begini :
  1. Basuh pulut dan rendamkan selama beberapa jam - saya rendamkan selama 2 jam
  2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak
  3. Sediakan loyang : Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8" - saya buat setengah adunan jer jadi guna loyang 6"
  4. Masukkan pulut yang siap di masak ke dalam loyang tadi, tekankan pulut hingga mampat dan cantik
LAPISAN ATAS
2 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan - saya guna 1 sudu kecil paste pandan
Pewarna hijau
3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
1 biji telur
1 sudu kecil garam

Buat begini :
  1. Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk dan kacau hingga sebati - saya tuangkan adunan yang di kacau sebati ke dalam blender dan blend sekejap
  2. Tapiskan adunan supaya tidak berketul dan tuangkan perlahan-lahan ke atas pulut di dalam loyang tadi
  3. Kukuskan lebih kurang 30 minit - Lain kali saya perlu kukuskan dengan menutup permukaan loyang dengan "aluminium foil" untuk mengelakkan air menitik di permukaan
  4. Sejukkan dahulu sebelum di potong dengan pisau plastik.
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...