Jadi sempena hari ulangtahun kelahirannya, saya buatkan kek cawan coklat untuk dia.
Tarikh : 18 Feb 2012...saja saya buat awal untuk dia sebab saya nak berangkat bercuti ke Melaka pada hari lahirnya 24 Feb 2012
Dia cukup suka makan aising kek yang banyak tapi saya pula tak suka buat kek kasi aising melampau-lampau sangat. Labih suka makan biar puas pada kek dari aising..hehehe
Happy birthday Cin dan sahabatmu ini akan sentiasa mendoakan kebahagiaan buatmu dan moga kau cepat bertemu jodoh. Amin
Selain dari hadiah kek cawan ni untuk dia, dia juga ada tempah coklat dari saya
Terima kasih Cin sebab tak jemu-jemu tempah produk saya.
Lebihan dari tempahan tu saya jualkan di sekolah adik. Alhamdulillah sambutan memang menggalakkan.
No comments:
Post a Comment