Kalendar Dcomey

Tuesday, July 10, 2012

Mari kenal HERBA

Terbawa-bawa mood dari Masterchef Selebriti semalam la ni..Memang tak pernah ketinggalan tengok rancangan ni tiap-tiap minggu. Semalam best sebab takde penyingkiran berlaku.

Selamat Farouk Hussin dari tersingkir..Caya lah bro!
Memang penuh kejutan!

Tapi apa yang menarik dalam segmen Masterchef Selebriti kali ni adalah segmen kenal sos dan herba.


 Bukan jer Farouk Hussin tak berapa kenal dengan herba semalam, saya juga tergolong dalam golongan tu dan saya akui lebih lemah dari Farouk Hussin.
Wa tabik spring sama lu la bro!!
Sedangkan selebriti pun tak berapa kenal dengan herba, ini kan pula saya yang bukan selebriti mahu pun chef ini. Jadi kali ni saya nak bawa korang yang sama-sama tak kenal herba macam saya ni...mengenal serba sedikit keluarga herba yang selalu digunakan dalam masakan dan juga ada digunakan sebagai penyumbang kesihatan.

Jom kenal herba

 DAUN SELASIH / BASIL

Manfaat :
 Merawat penyakit kulit, gastrik, sakit kepala, sakit sendi dan menambah pengeluaran susu bagi ibu yang menyusukan bayi



OREGANO

Manfaat :
Melancarkan pencernaa, mengubati gangguan perut dan membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh


PASLI

Manfaat :
Meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan, mampu mmbersihkan buah pinggang dan menguatkan otot-otot rahim selepas melahirkan


ROSEMARY

Manfaat :
Meningkatkan daya ingatan, mengatasi kembung perut dan menyihatkan kulit kepala,


SEJ

Manfaat :
Menghilangkan batuk, kahak dan infeksi pada mulut


 
TAIM

Manfaat :
Tidak di ketahui


TARAGON

Manfaat :
Tidak di ketahui

Okey...ni lah sedikit sebanyak herba-herba "bandar" yang kurang saya kenali sebelum ni. Saya memang tak pernah guna pun semua herba ni. Maklum lah....saya orang kampung jer. Kalau nak suruh kenal daun kunyit ke..daun kesum ke...tahu lah saya.
(^_^)

2 comments:

mama aryan said...

ahkak pun sama..tak kenal herba-herba nih,sayur kangkung kenal la..huhu

Unknown said...

Tu lah kan...kita ni sayur2 kg kenal la. Dah nama pun saya ni anak kg..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...