Kalendar Dcomey

Saturday, July 7, 2012

Bubur Pancawarna

Hati riang tak terkata pabila chenta hati dah ada depan mata...Rindu sangat padanya setelah 4 hari ditinggalkan sendirian kat umah. Angau pada laki sendiri tak pa...

H.A.L.A.L

Tapi yang tak bestnya...pulangnya hanya seketika. Petang kena pergi tinggalkan isteri semula. Demi tuntutan tugasmu pada negara...aku gagah merelakan pemergianmu beserta iringan doa moga kau sentiasa dilindungi ILAHI dalam setiap pekerjaanmu dan kembalimu padaku dengan selamat. Tido tak berbantal peluk lagi lah si isteri malam ni...

  
OFF cite laki bini ni haa...

Dah bila laki sendiri balik walau sekejap cuma...nak juga si isteri bermanja-manja. Apa?? Kau ingat apa? Kan tadi dah kata OFF cite laki bini ni kan...ni kau cite ON semula ni pesal kau Jemah?? Manja laki bini membawa kepada maksud yang meluas hokey!

Manja yang ku maksudkan di situasi ini adalah minta si suami yang gagah perkasa keluar ke kedai belikan tepung pulut dan kelapa parut. Manja la situasi tu kan?!

Motif?
Ngidam 2-3 hari dah nak makan bubur kaler-maler ni. Nak pegi kedai sendiri sejak ketiadaan suami 2-3 hari lepas takde keberanian dalam diri ni. Walhal kedai dekat jer kalau nak merempit pergi...saja nak tunggu chenta hati juga pegi...owhhh manjanya saya!
 Bubur kaler-maler cam trafic light jer rupanya ni ku beri nama BUBUR PANCAWARNA sebab aku tak tahu nama saintifiknya apa. Tak tahulah korang panggil apa bubur yang sedemikian rupa ni. Kalau nak di panggil bubur ni dengan nama Puteri Mandi...kuahnya pula tak sama pun. So korang kasi lah nama ikut sesuka hati korang ya!

Ilmu membuat bubur ni di perturunkan kepadaku oleh my fren Noor Hafizah Abd Jamil masa kami sama-sama berjiran di Kuching, Sarawak dulu. Tapi seperti selalu lah...akan aku beri kelainan sikit atau lebih tepat ku panggil "Kederhakaan" pada kuahnya dgn meletak sedikit halia...
Selalu orang letak daun pandan kan, tapi sebab takde daun pandan dan berkefahaman di mindaku santan akan menyebabkan rasa angin di dalam badan makan halia akan bertindak membuang angin. Wahhh...hebatnya aku dengan fakta ku!
Best! Best!

Seperti selalu lah...jenis makanan pencuci mulut berkuah  camni aku sorang jer yang hadap pun. Suami tak makan bubur camni. Antara keluarga-keluarga bubur yang dia makan hanya bubur gandum, bubur kacang dan bubur pulut hitam. Tu je...Tapi si isteri yang comel ni semua ngap!

Jom buat bubur ni ikut citarasa ku

BUBUR PANCAWARNA

Bahan-bahan ISI:
1 cawan tepung pulut
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam (Larutkan dengan sedikit air)
Pewarna pilihan - ku pilih merah, kuning dan hijau

Bahan-bahan KUAH :
2 cawan santan pekat
1 cawan air
5 sudu besar gula
Secubit garam
Halia sebesar ibu jari - di potong nipis

Cara buah ISI :
  • Ulikan tepung pulut dgn air garam dan air sedikit demi sedikit hingga adunan sebati (Adunan tidak melekat di tangan).
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan setiap bahagian di titiskan sedikit pewarna hijau, merah dan kuning. Sebatikan hingga menjadi doh. 
  • Kemudian bentukan bebola kecil anggaran sebesar duit syiling 5sen dan penyetkan.Buat sehingga habis semua adunan.
  • Sementara itu jerang air hingga didih. Setelah didih masukkan bebola yang di penyet tadi. Masak hingga ia terapung. 
  • Angkat dan masukkan dalam air dari peti ais. Biar seketika.

 Cara buah KUAH :
  • Masak santan, air, halia, gula dan garam di dalam periuk dengan api sederhana. Kacau perlahan-lahan 
  • Biar hingga kuah mendidih. 
  • Masukkan isi yang bewarna-warni tadi ke dalam kuah. 
  • Tutup api dan siap untuk dihidangkan.


Hasilnya...mengenyangkan diri sendiri setelah suami dah bergerak pergi ke Kota Marudu menjelang maghrib tadi. Pagi esok dia masuk pulau pula.
 
Sudi-sudi lah mencuba resepi ku yang tak seberapa ini.

2 comments:

mama aryan said...

nampak mcm best je..bole dicuba nih kalu ada kerajinan hehe

ItaComey said...

try lah...sedap tapi tang part menggentel tu jer perlu kekuatan skit..heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...