Kalendar Dcomey

Tuesday, June 19, 2012

Serawa Kuinin @ Konen

Buah kuinin atau bagi orang kampung utara seperti aku ni memanggil manja buah ni dengan nama "konen"


Biasanya buah ni selalu gaul dengan sambal belacan jer pastu makan dengan nasi. Tapi sejak berjiran dengan orang Perak semasa di Kuching dulu, buah ni dah di makan dengan cara lain pula.

 Si Fiza ngajor makan buah ni buat macam serawa. Ternyata sedap dan menyegarkan tekak. Bila dah sekali rasa...pantang ada buah kuinin jer mesti nak makan buat serawa. Tapi tak boleh makan banyak-banyak dengan tahap melampau sebab nanti ssakit urat pulak!

Ok jom cuba buat

SERAWA KUININ @ KONEN

Bahan-bahan :
2 biji buah kuinin @ konen (diparut memanjang)
4 cawan santan pekat (kelapa parut diperah santannya dgn air panas - bagi mengelakkan kembung perut)
Secubit garam
5 sudu besar gula (ikut kemanisan yg diingini)
Ais kiub

Cara-cara :
  1. Satukan parutan buah bersama santan, garam dan gula di dalam jag / bekas. Kacau hingga gula hancur
  2. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam
  3. Campurkan dgn ais kiub bila nk minum. SEDAP!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...