Kalendar Dcomey

Monday, June 25, 2012

Chee Cheong Fun

Semalam tidurku di buai mimpi yang sungguh mengenyangkan. Hehehe...
Mimpi pegi makan kat food court Pacific kat Prai, Penang. Mimpi makan Chee Chong Fun (Ntah betul @ x sebutan nama dia ni) sampai berpinggan-pinggan. Melampau betul mimpi tu tau! Pagi-pagi bangun tak kenyang pun tapi meleleh air liur ni teringatkan chee chong fun yang menjadi makanan kegemaran ku masa masih bekerja dulu. Tu lah mainan mimpi di malam hari..

 Terkenang lah kisah dulu-dulu waktu berkerjaya dengan syarikat minyak. Kejadian makan chee chong fun ni selalu berlaku antara aku, watie dan ms lam. Kalau salah sorang antara kami keluar lunch ke Pacific mesti aku nak makan mende ni. Ni lah salah satu chinese food kesukaan ku.

Berbekalkan semangat keinginan nak makan...maka memori tunas rasaku mula mengimbau kembali camne rasa chee chong fun ni. Cari resepi kat dapur en google takde la pula resepi ni so hentam buat je lah...

Alhamdulillah...bagiku resepi merapu-meraban aku ni sedap gak dan yang paling penting tastenya hampir 89% sama. Suka! Suka!

 Bila percubaan di pagi hari memuaskan hati maka petang hari buat untuk Chenta Hati merasa pula. Dia demand plak nak makan dengan telur mata separuh masak + telur merah tu nak dok cair lagi...Telur dah bertatang elok dah tup-tup sebelum di persembahkan telur merah boleh pecah plak...adehh!! Syg xde niat busuk hati ya wahai cik abg!!

 
Untuk ku di petang hari...



CHEE CHEONG FUN

Bahan untuk ISI :
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 cawan air suam

Bahan untuk KUAH :
4 biji bawang putih - cincang dan goreng garing
3 sudu besar cili kisar - ikut tahap kepedasan yang korang inginkan
3 sudu besar kicap manis
Sedikit gula
Sedikit garam
Sedikit air

Cara buat ISI :
  • Gaulkan semua bahan-bahan hingga tidak berketul. Masak air hingga mendidih di dalam periuk.. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak (utk mengelak dari melekat). 
  • Ambil sedikit adunan dan tuangkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  • Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung (supaya laksam kelihatan licin dan cantik). Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis 
  • Potong gulungan tadi kecil-kecil dan hidangkan di atas pinggan
Cara buat KUAH :
  • Panaskan sedikit minyak dari lebihan bawang goreng tadi dan masukkan cili kisar. Kacau sekejap dan masukkan kicap dan air.
  • Perasakan dengan gula dan garam
  • Siram kuah atas isi yang siap di potong tadi. Taburkan bawang putih goreng.
  • Siap
SELAMAT MENCUBA!

2 comments:

Sash said...

Meh la pindah sebelah rumah sini, buleh jugak merasa di petang hari. Hahahaa

ItaComey said...

bleh2...ada umah kosong x kt sblah tu? bleh la potluck hari2..heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...