Kalendar Dcomey

Wednesday, March 7, 2012

7 bulan ku ditinggalkan...

Cerita edisi 06 Mac 2012

Owhhh...sungguh tacing dgr tajuknya kan?! Haruslah tacing untuk aku yang bergelar isteri lalu ditinggalkan suami hampir 7 bulan lamanya berjauhan. 

Ada sebab kenapa aku ditinggalkan okey! Xdenya suka-suka somiku nak tinggalkan si isterinya yang comel montel ni kat kampung lama-lama. Demi tugasnya pada negara maka ku juga kena rela dalam terpaksa...

Arghhh sudah lah dengan episod duka yang dah berlalu tu...sekarang en somi dah kembali kepangkuan ku dan x lama lagi kami akan terbang bersama ke destinasi baru - Kudat,Sabah
.
Yeahhhhaaaa! 06 Mac 2012 hubby dah selamat sampai kat bumi Penang ni. Si isteri yang merindu ni sambut kepulangan dengan penuh kasih sayang dan...
sambut dengan sekotak coklat

atas permintaan hubby yang teringin sangat nak makan coklat yag isteri ni buat.

maka atas persetujuan kami xdenya nak balik umah terus. Haruslah berbulan madu kat penang dulu..hikhik

Destinasi hotel pilihan
Dengan goverment rate dapat lah harganya RM 160+breakfast

Perut dah mula minta diisi...apa lagi pegi cari nasi kandar kat Gurney la. Hubby dah ngidam sangat dh sbb kat Kudat xde kedai nasi kandar yang best cam kat penang ni.

Lama aku x bertenggek kat batu pantai Gurney ni

Rindunya tempat lepak kat sini

Oppss!!! Haruslah bergambar juga...

Malam dingin sudah menjelma...
Mula perut minta diisi semula.Turun je lobby tengaok ujan lebat la plak...Lepak lobby la dulu.

Menarik minat lensa ku

Bila hujan lebat kt luar sana kami pun mula la beraksi manja...hahaha

No bertuah!

Pagi yang indah...
Aku klau tido hotel xde breakfast memang x mahu punya! Xdenya aku nak buat-buat tido lama dalam kesejukan ekon. Aku pasti akan terbangun dengan sengaja untuk breakfast...hahaha

Walaupun hidangan pagi kat hotel ni biasa-biasa saja tapi aku tetap nk belasah semua...harus lahhh!

Jemput sarapan

Ketenangan mata di pagi hari

Perut dah terisi...jom hadamkan kat tepi laut plak.

Kau pelindung 'kepanasanku'

Cam kurus je..hehehe. Impak dari gambar bangunan tu!

aku mmg suka mik gambar teknik-teknik camni

Aksi-aksi pagi ku di tepi pantai yang indah

Cubaan memegang batu

Ni cubaan hubby pegang bangunan plak

Candid dari en somi

Nk gak bertenggek kat kerusi depan lif ni



Ok tamat sudah edisi berbulan madu kami kat Penang.
Semasa entry ni diconteng...aku dah pun selamat disisi somi kt Kudat ni..heehe. 
Ni entry tertunggak ya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...