Kalendar Dcomey

Tuesday, May 3, 2011

Sardin Sempoi

Semalam hubby kata nk masak utk wife dia sardin tp x jadi kn...so mood nk mkn sardin tu masih ada maka si isteri masak la. Lagipun x brani lagi nk masak bukan2 sbb takut hubby masih x sihat.
ok meh layan sardin sempoi aku ni...






amacam? sempoi kn...hikhik
senang jer nk buat ni...main campak2 jer

ni resepinya...
BISMILLAHIRRO’HMANIRROHIM
dan
ALLAHUMMASO’LLI A’LA SAIDDINNA MUHAMMAD

 Korang perlukan :
1 tin sardin
2 biji ubi kentang - potong la sesuka hati korang
1 biji bawang besar - potong sesuka hati korang
1 cawan air
1 keping asam
1 biji cili merah - di mayang
4 biji cili padi - di ketuk
4 biji  bawang putih - dimayang 
sedikit garam

Buat camni ya :
  • Tumiskan bawang putih sampai naik perang
  • Masukkan air dan ubi kentang. Biar sampai ubi kentang empuk
  • Bila ubi dah empuk masukkan sardin
  • Lepas tu masukkan bawang besar, asam, cili merah, cili padi dan garam
  • siap!
p/s  : petua dari mak...selagi ubi x empuk jangan masukkan asam sbb asam akan bantutkan keempukkan ubi


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...