Semacam jer dgn tajuk menu aku hr ni ya! heheheh...sj kasi tertarik sikit...
Nape aku namakan 3 rasa? sbb...ada rasa 3 negara kot...
- Rasa dari SINGAPORE
- Rasa dari THAILAND
- Rasa dari INDIA
Biaq betoi aku boleh buat 3 negara?!..haaaa...jgn x caya ya uolss..mmg i dh try buat dgn resepi ciptaan sendiri ni...
BISMILLAHIRRO’HMANIRROHIM
dan
ALLAHUMMASO’LLI A’LA SAIDDINNA MUHAMMAD
Amalanku setiap kali memasak...INSYAALLAH menyedapkan masakan & beroleh keberkatan ALLAH SWT
…:: Bihun Goreng 3 Rasa ::…
Bahan yg korang perlukan :
(utk hidangan 2 org je…)
½ bungkus bihun – direndam hingga lembut
1 biji ubi kentang – potong panjang
½ batang lobak merah (carrot la tu) – potong panjang
½ sudu lada hitam – ditumbuk >> Ni la rasa SINGAPORE
½ sudu serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih – dicincang
1 peket rempah kari >> Ni la rasa INDIA
5 sudu sos cili Thai >> Ni la rasa THAILAND
2 ketul isi ayam – dipotong halus
2 biji telur
Sedikit air
Sedikit garam
Sedikit minyak
Daun sup – untuk hiasan
Buat camni :
- Tumis bawang putih hingga naik bau
- Kemudian masukkan sos Thai, rempah kari dan air – kacau jgn sampai hangit
- Masukkan isi ayam, lada hitam (tumbuk), garam, lobak merah dan ubi kentang
- Bila dah agak sebati masukkan bihun dan dikacau hingga kuah sebati
- Kemudian didalam kuali, bihun dibuat lubang ditengah-tengah dan pecahkan telur di tengah-tengahnya dan kacau biar sebati dgn bihun. Siap!
Haaa...dh tgk resepi baru la tau kn nape namanya 3 rasa?! hikhik
Selamat Mencuba
No comments:
Post a Comment