Kalendar Dcomey

Sunday, October 3, 2010

Nasi Himpit bersama Kuah Kacang Daging

Hari minggu datang lagi...demam dh sihat tingin plak nk mkn nasi himpit cicah kuah kacang daging. lgpun berhajat nk bawa ke opis mkn2 sok.So apa lagi...
Taaaarrraaaaaaaaa!!!


Dcomey Nasi Himpit bersama Kuah Kacang Daging

Bahan-bahan:

  • Sepeket nasi himpit segera - direbus
  • 1 cawan kacang tanah
  • 1 cawan daging - dicincang
  • 10 biji cili kering (ikut tahap kepedasan yg korang mahu)
  • 6 biji bawang merah
  • 6 biji bawang putih
  • Sedikit belacan (anggaran sebesar ibu jari) 
  • 1 batang serai
  • 1 sudu asam jawa
  • 2 inci halia
  • Sedikit gula
  • Sedikit Garam
  • 3 sudu minyak untuk menumis
  • 1 cawan air   


Cara-cara nak buat :
  • Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga garing. Sejukkan dan buang kulit. Tumbuk biar sedikit hancur
  • Belacan, bawang merah, bawang putih dan cili kering digoreng dgn sedikit minyak. Sejukkan dan kisar bersama halia hingga hancur
  • Panaskan minyak dan masukkan bahan yg dikisar tadi. Kacau hingga sebati dan masukkan air dan daging
  • Kacau dan masukkan serai yg telah diketuk sedikit. Masukkan gula, garam dan asam jawa.
  • Masukkan kacang tanah dan kacau hingga pekat
  • Siap untuk dimakan bersama nasi himpit
Cadangan hidangan : Untuk rasa ala-ala thai, boleh lah dimasukkan sedikit daun limau

MUDAH & CEPAT

*****

04 Okt 2010
"Open Opis"

Ni la juadah open opis nasi himpit dgn juadah2 lain. Open opisku hanya dihadiri oleh aku & cin jer...heheheh. cam ramai je bunyinya kn..heheheh

 Byk kn juadah kami


 Nasi impit dlm mangkuk tingkat


 Moist Steam Choclate Cake


Biskut2 raya yg aku & cin bawa utk meriahkan open opis kami

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...