Kalendar Dcomey

Saturday, May 8, 2010

Lelaki Idaman Wanita

Tidak semua wanita mempunyai cita rasa yang sama terhadap lelaki. Mungkin ada wanita yang lebih suka kepada jenis lelaki yang kelakar, bijak, kemas atau sebagainya. Sesetengah lelaki pula sanggup melakukan apa saja untuk memikat hati wanita tersebut.Jenis kategori lelaki yang boleh menambat hati wanita :-



Matang
Ini adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Cara terbaik untuk membuatkan anda yakin dan kelihatan matang pada diri sendiri ialah memandang wanita tepat pada matanya. Sudah pasti si dia juga akan memberi tindakbalas yang lebih baik.

Lucu
Sesetengah wanita bosan dengan lelaki yang selalu serius atau gelak ketawa yang dibuat-buat. Ceritakan kisah-kisah lucu agar wanita anda kembali tersenyum tatkala murung dan gundah gulana. Sekurang-kurangnya isteri anda dapat melupakan masalah yang dihadapinya itu.

Romantik
Wanita sebenarnya inginkan lelaki yang romantik. Ia bukan bermakna gatal atau miang. Apa yang dikatakan romantik ialah pandai mengambil hati dan bijak berkata-kata. Sikap mengambil berat dan penyayang menjadi salah satu faktor yang sering diberi perhatian oleh wanita. Biarpun mereka kelihatan agresif tetapi dalam hal memilih teman lelaki, mereka mahukan yang romantik.

Bijak 
Wanita memang sukakan lelaki yang bijak dan rajin membaca. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi anda boleh memperlihatkan anda sebagai seorang intelek dengan memakai cermin mata. Ini kerana hati wanita mudah terpikat dengan lelaki yang kelihatan intelek.

Suka Kanak-Kanak
Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah mereka yang berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang termasuklah menjaga kanak-kanak. Ini membuktikan anda layak menjadi bapa yang penyayang.

Kemas
Lelaki juga hendaklah bijak merawat atau memanjakan tubuh. Selain pakaian yang kemas dan sesuai, kebersihan tubuh juga perlu diberi tumpuan.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...