Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi untukku...ada la rezeki untuk keluarga ku juga.
Lama dah bercadang nak bawa keluargaku bercuti semua sekali ke Cameron Highlands. Akhirnya termakbul juga hajat tu tapi masih tak dapat bawa semua.
Ayah dengan Adik Wan (adik ke-3) tak ikut bercuti sekali. Maka kami je yang pergi ke Cameron Highlands. Sedih la juga tapi tak apa la...ada rezeki lagi nanti bawa lagi semua sekali bercuti.
Sampai saja ke Brinchang, isi perut dengan KFC je la dulu. Bahagianya tengok muka-muka kesayanganku.
Homestay pilihan kami : http://kamirons.blogspot.com
En Shaiful : 012-5336959
Gambar dalam homestay dari kamera aku hilang entah kemana dah..jadi yang mana aku tempek kat dalam blog ni adalah dari blog En Shaiful ya..
Aku pilih homestay ni sebabnya pemilik homestay ni adik kepada my officemate - Nashif. Pastu homestay ni dekat pulak dengan Pasar Malam Brinchang. Kita jalan kaki ke lah pergi pasar malam tu. Jadi tak payah la susah-susah nak sibuk cari parking kereta kan...
Selesa sangat tinggal kat homestay ni dan hargaun berpatutan. Kemudahan memasak pun disediakan termasuk lah beras, minyak, garam (masa kami pergi lah...). Kami cuma beli sayur-sayuran yang banyak je lah masak memasak makan hingga buncit.
Aktiviti malam haruslah membeli belah segala bagai di Pasar Malam Brinchang. Seronok tengok mak dan adik-adik menikmati saat membeli belah dengan riang. Tajaan sepenuhnya dariku yang bergelar kakak. Alhamdulillah....
Isi perut di malam hari dengan steamboat. Malangnya kedai steamboat yang best kat Tanah Rata tak buka malam tu...jadinya kami makan steamboat kat kedai apa ntah. Kecewa sangat sebab tak berapa sedap dan mahal sungguh tak berbaloi sebabnya banyak sayur je dari seafood. Tahulah tempat sayur-sayuran kan....
*segala gambar kejadian di malam hari tu juga ntah hilang kemana. Jadinya tak dapat lah nak tayang kat sini....sedih!
Tayang 2 gambar ja yang ada...
Alhamdulillah syukur...dapat beri sedikit kegembiraan buat mak & adik-adik bercuti dan membeli belah di bumi Cameron Highlands. Mak lah paling seronok sebab dapat membeli banyak pokok-pokok bunga.
Ada masa murah rezeki kita bercuti lagi ya....sayang kalian semua. Muahhh!
No comments:
Post a Comment